Thursday 29 September 2011

Penghantaran produk ke cawangan Bukit Berserah ( showroom )


Pada tarikh 30 September 2011, ( Jumaat ), GREATCOOL  telah menghantar beberapa produk
ke cawangan bilik pameran di Bukit Berserah. Produk telah dikeluarkan daripada kilang
pada pukul 9:15 pagi dan diangkut oleh lari untuk proses penghantaran produk.Produk berjaya
disiapkan pada  tarikh yang ditetapkan.


Friday 23 September 2011

Laman Web Rasmi GREATCOOL



Assalamualaikum. Syukur  ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-NYA, kita masih dapat bernafas di pagi
yang indah ini. Di pagi sabtu ini, pasti ramai yang berehat di rumah, mahupun keluar meluangkan masa bersama
keluarga setelah lima hari bekerja bagi  mencari rezeki.
Hari ini ingin saya kongsikan tentang laman web rasmi GREATCOOL. Laman web ini sudah lima hari dibuat,
dan masih dalam proses mengemas kini bagi memberi tatapan yang bagus untuk para pelanggan.
Laman web rasmi GREATCOOL adalah http://greatcool-trading.webs.com *( sila klik untuk lihat  )
Kepada pelanggan - pelanggan yang mahu melihat produk yang dihasilkan oleh GREATCOOL, bolehla
lawati laman web tersebut. Saya berharap agar anda dapat mendoakan perniagaan terus berjaya dan dapat
berkembang lebih luas sebagai Syarikat Bumiputra.
Assalamualaikum

Berbuka Puasa bersama Nas Ahmad

Salam sejahtera kepada semua. Tanpa kita sedari, kita telah pun meninggalkan bulan yang penuh mulia bulan yang penuh mulia di sisi Allah S.W.T, iaitu Bulan Ramadhan, dan kita  hampir meninggalkan Bulan Syawal.
Ketika Bulan Ramadhan, banyak jemputan  majlis berbuka puasa yang saya terima. Masing- masing berebut untuk mendapatkan keberkatan bulan ramadhan dengan meraikan bulan yang mulia itu bersama -  sama
anak - ank yatim. Alhamdulillah
Ketika Bulan Ramadhan, saya mengajak teman saya, saudara Nas Ahmad untuk sama - sama  berbuka puasadi One Plaza, Kuala Selangor. Nas Ahmad hadir bersama ahli keluarganya. Terharu di atas kesudian Nas Ahmad menerima  jemputan saya. Saya berkenalan dengan beliau ketika kami sama - sama hadir ke  Tawau, Sabah untuk program motivasi yang diadakan di SK Bukit Quoin, Tawau, Sabah.
Kunjungan kami ke sana adalah memenuhi  undangan seorang lagi sahabat saya,Datuk Mohd Jefry Rosman.
Di bawah ini, saya sertakan satu rakaman video yang telah dikongsi oleh Nas Ahmad  kepada saya sempena
kunjungan kami ke SK Bukit Quoin, Tawau, Sabah

GREATCOOL melangkah ke hadapan lagi & memberi peluang pekerjaan untuk masyarakat Tanjung Malim

Assalamualaikum kepada semua para pembaca blog, sahabat -sahabat serta seluruh rakyat Malaysia
Alhamdulillah, Allah telah memberi kita nikmat untuk meneruskan hidup, semoga dengan kurnian-Nya
kita dapat menjalankan ibadah dan menolong insan yang lain.
Pada hari ini, ingin saya kongsikan sedikit perkembangan tentang perniagaan saya. Syukur dengan rezeki  yang
telah diberikan oleh Allah S.W.T, GREATCOOL dapat mengorak langkah ke hadapan dengan membina
empayar di Tanjung Malim. Insya-Allah, cawangan GREATCOOL di  Bandar  Tanjung Malim  dijangka
akan dibuka pada awal tahun 2012. Kini , proses - proses pembukaan sedang  dilakukan.
Dengan pembukaan cawangan GREATCOOL- cawangan Tanjung Malim, pihak GREATCOOL  ingin
membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat Tanjung Malim. 
Kepada  yang berminat untuk  memulakan kerjaya, anda boleh menghantar resume  melalui  email  di
alamat email berikut : great.cool05@gmail.com
Saya berharap  agar anda semua dapat mendoakan kejayaan perniagaan saya dan agar dimurahkan rezeki kelak.
Wasalamualaikum

Stainless Steel Bed Frame Keluaran GREATCOOL





Pada hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai satu lagi produk yang dikeluarkan oleh Greatcool iaitu "stainless steel" bed frame. Sejak produk ini dikeluarkan, banyak tempahan yang telah diterima daripada pelanggan-pelanggan setia Greatcool. Banyak pihak yang telah membeli S/S Bed Frame ini amat berpuas hati dengan produk ini.

S/S Bed Frame ini mempunyai pelbagai jenis kerangka yang berbeza dan cantik. Stainless steel merupakan bahan yang anti karat dan mudah untuk dikekalkan kebersihannya kerana ia senang untuk dicuci. S/S Bed Frame juga sering digunakan oleh komuniti yang tinggal di bandar dan sukakan gaya hidup moden. Sebagai tambahan, bahan "stainless steel" ini juga kukuh dan tahan lasak jika dibandingkan dengan kayu. Rekaan S/S Bed Frame juga amat sesuai digunakan sekiranya anda ingin meminimakan konsep rekaan dalaman.

Thursday 22 September 2011

Kilang GREATCOOL mengorak selangkah lagi ke hadapan dengan pembukaan cawangan kilang baru

Syukur, Alhamdulillah kepada ALLAH s.w.t kerana telah memperkenankan doa saya siang dan malam, kerana telah memurahkan rezeki kepada saya dan keluarga. Saya amat gembira pada hari ini kerana dapat berkongsi cerita yang sudah lama saya pendam. 

Mengenai apa?

Cawangan kilang saya yang terbaru akan dibuka di Bukit Beserah, Kuantan, Pahang Darul Makmur pada penghujung Oktober 2011. 

Mengapa sekarang baru saya hebahkan perkara ini?

Kerana saya khuatir seandainya perkara ini tidak berlaku seperti yang dirancang. 

Namun, Alhamdulillah kerana ALLAH telah memudahkan urusan saya. Tetapi kilang terbaru saya masih lagi dalam pembinaan namun telah siap 60%. Tetapi itu semua sudah mampu mengorak senyuman di wajah saya.

Pembukaan cawangan kilang baru ini adalah hasil usaha sama Greatcool dan JFC Steel & Refrigeration Sale & Service, memperuntukkan modal sebanyak RM 1.8juta. Cawangan kilang ini dijangka akan memerlukan tenaga kerja sebanyak 60 orang termasuk kakitangan pentadbiran, kilang, pemasaran dan "showroom".

Cawangan kilang ini dijangka akan lebih maju berbanding kilang yang sedia ada kerana ia bakal menempatkan pelbagai teknologi canggih dan mesin dari China dan Jerman. Teknologi yang bakal digunakan adalah teknologi berteraskan CNC.

Memandangkan permintaan yang tinggi di pasaran Pantai Timur, Insya'allah kami akan membuka beberapa lagi cawangan "showroom" di Kelantan dan Terengganu. Di samping itu, saya juga mengharapkan semoga dengan pembukaan cawangan "showroom" ini nanti akan memberi lebih peluang kepada generasi muda untuk memajukan diri.

Cawangan kilang di Bukit Beserah ini juga akan membuat peti ais berasaskan "stainless steel". Pembuatan peti ais ini tidak pernah dilakukan di kilang yang sedia ada kerana bilangan tenaga yang tidak mencukupi. 

Saya berharap anda semua dapat mendoakan kejayaan saya dan kilang saya.

Wassalamu'alaikum...

Semoga Allah membantu mereka

Salam Ramadhan...Alhamdulillah, bertemu lagi kita pada coretan yang seterusnya. Setakat ini, tiada apa yang menarik perhatian saya. Cuma semalam, seorang pekerja saya mengutarakan tentang satu video yang menunjukkan betapa dhaifnya anak-anak di Somalia. Saya lihat video itu dan termenung. Betapa tidak bersyukurnya kita yang hidup di Malaysia ini. Mengapa saya katakan begitu?

Kerana anak-anak di sana kelaparan, tidak punya makanan. Sedangkan pengemis di Malaysia ini pun masih lagi punya makanan. Masih lagi mampu mencari walau sesuap nasi.

Tetapi kanak-kanak di Somalia kebuluran, bahkan setiap 6minit, pasti ada seorang kanak-kanak yang meninggal dunia. Betapa dahsyatnya tahap kebuluran di tempat mereka.

Saya panggil anak saya untuk sama-sama menonton dan dia mengalirkan air mata ketika melihat video itu. Hanya 1 ayat yang keluar dari mulutnya " Abah, sedihnya tengok diorang macam tu..." Saya hanya mampu diam. Namun saya sempat menasihatinya supaya berubah, jangan suka membazir makanan lagi. Walau serbuk biskut pun kita perlu makan. Dia mengangguk, bersetuju dengan saya.

Bila terkenangkan waktu susah saya dahulu saya bersyukur kepada ALLAH kerana kini saya tahu, masih ada lagi yang lebih sengsara daripada saya. Saya tahu yang saya tidak boleh merungut lagi seandainya ditimpa kesusahan.

Bayangkan pula perasaan ibu dan bapa di Somalia yang terpaksa melihat anak-anak mereka kebuluran, menangis kehausan dan melihat anak mereka mati tetapi tiada apa yang dapat mereka lakukan. Kita di Malaysia ini pun, sedih seandainya anak kita merengek kelaparan. Apatah lagi mereka di sana.

Doa saya, semoga ALLAH s.w.t dapat mengurangkan kesengsaraan mereka dan memberikan rezeki yang melimpah ruah kepada mereka. Kepada saudara-saudara se-Islam yang lain, marilah kita sama-sama berdoa untuk kesenangan mereka...

Wallahu'alam....

Maha Suci Allah.. Kebesaran Allah

Alhamdulillah kerana ALLAH telah memberikan kesempatan kepada saya dan rakan-rakan yang lain untuk meneruskan hidup pada hari ini. Sejurus selepas saya coretkan di blog ini dan facebook tentang Potongan Harga untuk S/S Tempat Memandikan Jenazah, pelbagai maklumbalas yang saya terima. Ada antara rakan saya yang bertanya, bahkan pekerja-pekerja saya juga bertanyakan tentang hal ini Semuanya menjurus kepada kerugian yang akan saya terima. Tetapi saya haya mampu tersenyum. 

Mengapa?

Kerana bagi saya, untung dan rugi itu adalah ketentuan ALLAH s.w.t. Seandainya untung, Alhamduillah. Tetapi jika tidak, mungkin ALLAH akan memberi saya rezeki dalam bentuk yang lain. Bak kata orang, sebagai bekal saya d Akhirat nanti. Kerana siapa tahu, dengan potongan harga ini, saya mampu menolong pihak-pihak yang mungkin tidak begitu berkemampuan.

Sejak diarahkan oleh doktor untuk berehat dan kurangkan aktiviti yang berkaitan dengan perniagaan saya, saya banyak menonton Youtube sebagai satu cara untuk menambah pengetahuan saya. Banyak video yang telah saya tonton dan ada antara video yang meruntun hati, telah saya kongsikan untuk tatapan kita bersama. Mudah-mudahan dapat memberi kita pengajaran supaya dapat membaiki diri kita agar menjadi isan yang lebih kamil.

Wallahu'alam...Semoga kita bertemu lagi di coretan akan datang




Potongan Harga untuk tempat memandikan Jenazah ( Post Khamis 18 Ogos 2011 )


Salam alaik, sahabat - sahabat sekalian. Apa khabar ? seandainya sihat syukur Alhamdulillah saya panjatkan
ke hadrat Illahi kerana telah memberi rahmat kesihatan itu.
Tiada topik yang boleh saya kongsikan dengan anda semua hari ini. Cuma untuk pengetahuan saudara-saudara di luar sana, sempena bulan Ramadhan ini dan Syawal yang bakal tiba, syarikat saya mengadakan potongan harga sebanyak 50% untuk tempahan S/S tempat memandikan jenazah. Harga asal adalah RM 3400.00 maka selepas diskaun, harganya RM 1700.00. Sesuai untuk diletakkan di masjid dan surau. Kepada sesiapa yang ingin membuat tempahan, anda dialu-alukan untuk datang ke syarikat saya, Greatcool di Lot 3796, Batu 23 1/2, Jalan Klang, Pasir Tuntung Api-Api, 45700 Bukit Rotan, Selangor.

Ingatlah sahabat-sahabat sekalian...

Mana2 kehidupan yg akan kita pilih, HAKIKATnya kita akan balik asal menjadi TANAH jua
~ Hanya Dia sahaja yg akan menentukan di mana letaknya diri kita di AKHIRAT kelak berdasarkn kehidupan yg telah kita pilih di alam fana ini...
Wallahualam...

Nuzul Al-Quran


Salam kepada semua. Hari Nuzul Quran merupakan salah satu hari yang istimewa untuk umat Islam. Mengapa? Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada hari ini, menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Nuzul bermaksud turun dan Al-Quran bererti himpunan.

Kita seharusnya berbangga dengan agama Islam dan ajarannya kerana Islam adalah sebuah agama yang lengkap dan mudah. Mudah di sini membawa maksud Allah tidak pernah menyusahkan hamba-hamba-Nya yang menurut perintahnya. Seandainya kita ikhlas untuk mendalami ajaran Islam, kita akan dapati bahawa Islam ini sangat mudah tetapi membawa impak yang besar dan menenangkan.

Al-Quran merupakan mukjizat terbesar Rasulullah s.a.w. Kita sebagai umat Islam, seharusnya berusaha untuk mendalami dan memahami isi Al-Quran. Terdapat banyak rahsia yang terkandung di dalam Al-Quran. Seandainya kita betul-betul memahami Al-Quran ini, kita akan merasa takut untuk melakukan walau secebis dosa di dunia ini.

Tentunya ada rakan-rakan saya yang tertanya-tanya, mengapa saya tiba-tiba membangkitkan topik ini? Bagi saya, tiada salahnya jika sekali-sekala saya mencoretkan topik-topik seperti ini, khusus untuk renungan kita bersama. Mungkin coretan ini boleh membantu kita semua membaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik dari semalam.

Bagi diri saya, saya sentiasa berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t supaya dapat mengampunkan dosa-dosa saya yang lalu, sama ada yang pernah saya lakukan dengan sengaja atau tidak. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, bersama-samalah kita berusaha untuk merebut keampunan-Nya.
Waallahualam