Thursday 22 September 2011

Kilang GREATCOOL mengorak selangkah lagi ke hadapan dengan pembukaan cawangan kilang baru

Syukur, Alhamdulillah kepada ALLAH s.w.t kerana telah memperkenankan doa saya siang dan malam, kerana telah memurahkan rezeki kepada saya dan keluarga. Saya amat gembira pada hari ini kerana dapat berkongsi cerita yang sudah lama saya pendam. 

Mengenai apa?

Cawangan kilang saya yang terbaru akan dibuka di Bukit Beserah, Kuantan, Pahang Darul Makmur pada penghujung Oktober 2011. 

Mengapa sekarang baru saya hebahkan perkara ini?

Kerana saya khuatir seandainya perkara ini tidak berlaku seperti yang dirancang. 

Namun, Alhamdulillah kerana ALLAH telah memudahkan urusan saya. Tetapi kilang terbaru saya masih lagi dalam pembinaan namun telah siap 60%. Tetapi itu semua sudah mampu mengorak senyuman di wajah saya.

Pembukaan cawangan kilang baru ini adalah hasil usaha sama Greatcool dan JFC Steel & Refrigeration Sale & Service, memperuntukkan modal sebanyak RM 1.8juta. Cawangan kilang ini dijangka akan memerlukan tenaga kerja sebanyak 60 orang termasuk kakitangan pentadbiran, kilang, pemasaran dan "showroom".

Cawangan kilang ini dijangka akan lebih maju berbanding kilang yang sedia ada kerana ia bakal menempatkan pelbagai teknologi canggih dan mesin dari China dan Jerman. Teknologi yang bakal digunakan adalah teknologi berteraskan CNC.

Memandangkan permintaan yang tinggi di pasaran Pantai Timur, Insya'allah kami akan membuka beberapa lagi cawangan "showroom" di Kelantan dan Terengganu. Di samping itu, saya juga mengharapkan semoga dengan pembukaan cawangan "showroom" ini nanti akan memberi lebih peluang kepada generasi muda untuk memajukan diri.

Cawangan kilang di Bukit Beserah ini juga akan membuat peti ais berasaskan "stainless steel". Pembuatan peti ais ini tidak pernah dilakukan di kilang yang sedia ada kerana bilangan tenaga yang tidak mencukupi. 

Saya berharap anda semua dapat mendoakan kejayaan saya dan kilang saya.

Wassalamu'alaikum...

No comments:

Post a Comment